Thursday, July 22, 2010

Perpaduan Kaum Dalam Hidup Kami




Hidup di negeri Sarawak yang terdiri daripada rakyat berbilang etnik amat menyeronokkan, terutamanya kehidupan di alam persekolahan. Rakan-rakan kami semuanya berbilang etnik seperti Kenyah, Kayan, Lun Bawang, Iban, Kadazan, dan tidak lupa juga 3 kaum terbesar di negara kita iaitu Cina, Melayu, dan India. Persahabatan yang terjalin mesra kini hampir mencecah 4 tahun.

Setiap kali ada perayaan kaum seperti Tahun Baru Cina, Hari Gawai, Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, dan Hari Natal. Kami semua akan berganding bahu untuk membuat persiapan meskipun kami berlainan kaum. Ini memberi peluang kepada kami untuk lebih mengenali adat dan budaya kaum lain. Malah, kami juga selalu meminjam baju tradisional kaum lain untuk digayakan. Ianya seronok berpeluang memakai pelbagai baju tradisional kerana tidak ramai yang memepunyai peluang emas seperti ini.






Dalam persahabatan kami, perselisihan faham tidak dapat dielakkan. Namun, sikap toleransi dan hormat kami terhadap rakan yang lain telah memudahkan kami untuk menyelesaiankan persengketaan kami. Kami sentiasa tolong-menolong di kala kesusahan dan bersuka bersama di kala kesenangan. Kami sentiasa menghormati adat dan budaya kaum lain untuk mengelakkan sebarang salah faham. Kami berharap yang generasi kami dan yang seterusnya akan memelihara warisan budaya kami sehingga bila-bila pun demi negara kami yang tersayang, Malaysia.

Monday, July 19, 2010

IMPIAN KAMI . OUR DREAM . 我们的梦想 . हमारा सपना









Inilah impian kami- Menjadi generasi anak-anak Malaysia yang akan terus mewarisi tradisi negara kita, Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Bersatu hati, berpadu tenaga dan bergandingan tangan dalam bersama-sama memajukan negara kita dan mengekalkan keharmonian dan kemakmuran negara. Sumpah setia terhadap Rukun Negara akan terpahat kukuh di sanubari kami. Cinta terhadap negara tidak akan pernah lupus di hati kami. 1Malaysia!





Antara kilauan warna-warna 1Malaysia 2020

HEARTS OF MALAYSIA



Oudrey Thomas

Noamie ak Balai

Nasheena Laing
HEARTS OF MALAYSIAN
Timothy Ullok

Kumpulan kami... Hearts Of Malaysia


Bersama-sama menggapai matlamat 1 Malysia!:
SATU MALAYSIA


Sunday, July 18, 2010

JALUR LEBAR UNTUK 1MALAYSIA!






Apa itu Jalur Lebar? Menurut Wikipedia, Jalur Lebar broadband adah satu medium yang menyambungkan komunikasi berkeupayaan tinggi. Ia berbeza dengan jalur sempit (narrowband); kedua istilah merujuk kepada kelebaran spektrum frekuensi tersedia untuk penggunaan komunikasi. Contoh yang nyata adalah ADSL, di mana 'suara' dan data berkongsi bahagian yang berlainan dalam dawai kuprum ('suara' dikendalikan di bawah frekuensi 3.3 kHz manakala data dikendalikan di atas 138 kHz).



Kepada kalian yang belum lagi mengenali Jalur Lebar Broadband, Jalur Lebar Broadband merupakan sejenis alat yang kecil dan rupa bentuknya seperti Pendrive tetapi broadband berfungsi jauh lebih baik daripada pendrive. Terdapat pelbagai broadband di Malaysia, contohnya Celcom Broadband, DiGi Broadband dan Maxis Broadband. Jalur Lebar Broadband adalah salah satu daripadanya dan yang paling terbaru! Pasti kalian teringin mempunyai satu Jalur Lebar Broadband untuk diri sendiri. Untuk maklumat lanjut, carilah di laman web!! Percayalah.. Jalur Lebar Broadband DIJAMIN LEBIH BAIK DAN EFISIEN! JALUR LEBAR UNTUK SEMUA RAKYAT MALAYSIA!

Sumber: Wikipedia.

Tuesday, July 13, 2010

HELLO MALAYSIA!


Salam Satu Malaysia! Pertama sekali, kenalkan kumpulan kami, Hearts of Malaysia. Kami semua merupakan pelajar tingkatan 4 dari SMK Lutong, Miri, Sarawak. Dan yang uniknya..kami semua berbeza kaum!

Blog ini direka khas untuk menunjukkan kepada semua rakyat Malaysia tentang perpaduan rakyat di negara kita. Meskipun terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, rakyat Malaysia tetap dapat hidup sebumbung dengan aman dan harmoni. Lihatlah bertapa hebatnya rakyat Malaysia!


Negara kita terdiri daripada berbilang kaum seperti Melayu, Cina, India serta pelbagai suku etnik seperti Kenyah,Kayan,Iban,Lun Bawang dan banyak lagi! Uniknya negara kita di mata dunia, adalah kerana rakyat yang berbilang kaum ini dapat hidup aman dan harmoni sebumbung.


Ini merupakan pakaian tradisional kaum India


Pakaian ini pula adalah pakaian tradisional orang Ulu

Tiga remaja pelbagai kaum tersenyum gembira bersama-sama jelas membuktikan bahawa generasi masa kini masih mengekalkan tradisi kaum dan perpaduan masih kukuh diwarisi generasi muda. Harapnya tradisi negara kita tidak akan lupus sampai bila-bila pun..


Ini adalah pakaian tradisional orang Melayu iaitu baju kurung dan pakaian tradisional kaum Lun Bawang.